Tuesday, 30 June 2015
Borang balik kampung
Bagi menghadapi musim perayaan yang bakal menjelang, ramai diantara kita akan pulang ke kampung halaman untuk meraikan Aidilfitri bersama sanak saudara.
Sudahkah kita mengambil langkah perlu saat meninggalkan kediaman?
Team corat coret menasihatkan agar semua memastikan sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan keselamatan kediaman sewaktu ditinggalkan berada dalam keadaan paling selamat.
Antara langkah perlu untuk diberi perhatian adalah dengan memaklumkan pihak polis apabila meninggalkan kediaman dalam satu tempoh masa tertentu.
Berikut disertakan link 'Borang Balik kampung' untuk diisi dan kemudian serah ke Balai Polis berhampiran kediaman anda.
http://www.rmp.gov.my/docs/default-source/default-document-library/borang-maklumat-balik-kampung.pdf?sfvrsn=2
Ingat!! kelalaian mampu mengundang trajedi.
Hadiah Aidilfitri untuk warga Seksyen 5
Menjelang Aidilfitri 2015 seksyen 5 semakin berseri-seri dengan wajah baru. Penurapan jalan yang dijalankan oleh MPKj sejak 2 minggu lalu selesai sepenuhnya semalam 29 Jun 2015.
Setelah hampir 12 tahun pembukaan Seksyen 5, MPKj telah melaksanakan tanggungjawabnya menyelenggara insfra untuk kemudahan penduduk termasuk pembaikan kemudahan di 3 taman permainan kanak-kanak.
Persatuan Penduduk Seksyen 5 telah berusaha gigih bagi memenuhi hasrat penduduk yang inginkan kehidupan dalam suasana lebih selesa tercapai.
Team corat coret berharap kemudahan yang telah tersedia ini dapat dimanfaatkan oleh semua penduduk dan bersama mengekalkannya demi kesejahteraan semua.
Sunday, 28 June 2015
Juadah 'panas-dingin'... program bersahur komuniti sukses!!!
Jangan tak percaya ini jam 3.30 pagi... bersahur paling panjang dari jam 12 sampai 5 pagi dan meriah sampai habis |
Syukur alhamdulilah... program sahur komuniti dapat sambutan meriah. Lebih 50 tetamu termasuk abam-abam polis datang untuk menikmati juadah yang disediakan cara potluck.
Juadah bersahur dari jam 12 sampai 5 pagi Sabtu itu lain 'panas-dingin'. Ada kambing vs durian vs tembikai.
Paling best, bersahur makan durian... ya allah ada kat 20 biji habis macam tu saja... meriah baq hang.
Ini beberapa keping gambar untuk 'bakar line'... keh keh keh
Program ini kalau dalam bahasa Indonesia... dia kata "sukses banget".
Terima kasih banyak2 pada semua yang terlibat... panjang umur kita buat lagi!!!
Monday, 22 June 2015
Sahur Komuniti
Pertama kali cadangan untuk menganjurkan program sahur khusus untuk peronda-peronda yang bertugas mengawal keselamatan pada bulan ramadhan.
Selain daripada sahur bersama warga komuniti yang terlibat rondaan, program ini harapnya dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama ahli komuniti.
Palang Halangan Keselamatan JLN BM 5/31
Hasil muafakat dan kerjasama jiran setempat Komuniti Teres Setingkat mengambil inisiatif membina palang halangan di Jln BM 5/31 bagi tujuan kawalan keselamatan.
Palang ini telah mula diaktifkan pada 20hb Jun 2015 yg lalu seterusnya team rondaan juga digerakkan. Semua usaha ini digerakkan secara gotong royong.
Sunday, 21 June 2015
Akhirnya... dapat jaket keselamatan untuk peronda komuniti
Majlis gilang gemilang tapi serba ringkas... penyerahan jaket keselamatan |
Pengerusi Biro Keselamtan Persatuan Penduduk Seksyen 5, Tuan Haji Ismail Kassim Al-Haj telah berkenan menyerahkan jaket-jaket pemberian Persatuan Penduduk kepada wakil komuniti Tuan Haji Mamat Endut Al-Haj.
Himpunan laporan media majlis Kenduri Komuniti
Sebenarnya kehadiran media yang ramai di majlis kenduri
komuniti151719 baru-baru ini lebih kerana kehadiran tetamu VIP Bekas
Presiden PAS Tuan Haji Nasarudin Mat Isa.
Tapi tempias-tempias tu keluar TV/suratkabar/portal jugalah cerita komuniti kita. Berikut beberapa yang sempat dikumpulan.
Tapi tempias-tempias tu keluar TV/suratkabar/portal jugalah cerita komuniti kita. Berikut beberapa yang sempat dikumpulan.
Tuesday, 16 June 2015
TERIMA KASIH...
Alhamdulilah....segala yang dirancang dalam masa 3 minggu lalu akhirnya selesai dengan sambutan hangat dari semua yang terlibat menjayakan Program Kenduri Komuniti.
Terima kasih tak terhingga khasnya kepada penduduk di Jalan BM 5/15,BM 5/17 dan BM 5/17 tanpa sokongan dan dokongan pastinya program ini tidak akan terlaksana.
Banyak watak terlibat secara langsung dan bertungkus lumus bagi menyempurnakan apa yang telah dirancang.
Setiap saat dan plot ada cerita tersendiri seperti sebuah drama yang diarahkan oleh pengarah tersohor.
Ada yang meredah tempat buangan besi buruk untuk mendapatkan tong untuk dijadikan tempat pembakaran BBQ,menyesuluri tebing curam untuk mendapatkan kayu api hinggakan ada yang demam berhari-hari, meredah hutan untuk menjayakan misi pembakaran lemang sehinggakan terserempak dengan harimau.
Terima kasih tak terhingga khasnya kepada penduduk di Jalan BM 5/15,BM 5/17 dan BM 5/17 tanpa sokongan dan dokongan pastinya program ini tidak akan terlaksana.
Banyak watak terlibat secara langsung dan bertungkus lumus bagi menyempurnakan apa yang telah dirancang.
Setiap saat dan plot ada cerita tersendiri seperti sebuah drama yang diarahkan oleh pengarah tersohor.
Ada yang meredah tempat buangan besi buruk untuk mendapatkan tong untuk dijadikan tempat pembakaran BBQ,menyesuluri tebing curam untuk mendapatkan kayu api hinggakan ada yang demam berhari-hari, meredah hutan untuk menjayakan misi pembakaran lemang sehinggakan terserempak dengan harimau.
Kepada sekelian penduduk Seksyen 5 Bukit Mahkota!!!
Ini program sumbangan untuk berbuka puasa (iftar) dan moreh kepada jemaah Surau Ar Raudah. Kepada para dermawan yang ingin menyumbang boleh hubungi nombor telefon yang tertera. Sekian dimaklumkan.
Monday, 15 June 2015
99 keping gambar Kenduri Komuniti sambut Ramadan yang awesome...!!!
Meriah baq hang.... |
Macam-macam ada.
Kenduri komuniti yang kita langsungkan Ahad lalu memang terbaik dan dapat kerjasama semua pihak. Meriahnya masih terasa dan hubungan sesama kita bertambah erat.
Setiap orang ada cerita tersendiri... dan gambar-gambar yang diambil oleh jurugambar rasmi kita Saudara Nizam mewakili cerita tersebut.
Mari kita tengok gambar-gambar yang dirakam seisi keluarga...
Sunday, 14 June 2015
Siaran langung dari Pondok Kawalan Seksyen 5 Bukit Mahkota
Pagi ini kenduri komuniti diadakan dalam suasana hujan rahmat... alhamdulilah lancar dan penuh kemesraan antara jiran dan komuniti kita... ini 10 keping gambar untuk 'pemanasan'... #kipidap #dongibab
Gambar pra kenduri komuniti, tentatif dan menu
Gabungan orang lama dan baru... |
Ini beberapa keping gambar yang diambil dalam majlis pra kenduri... rewang kata orang. Ia dirakam dalam dua siri pertama uji cuba tong BBQ di rumah Pengerusi Tong Bang Mail, pada hari Khamis malam Jumaat.
Dan kedua, rewang orang-orang lelaki pada petang Sabtu. Maaf gambar muslimat tak sempat ambil kerana Doktor Riaz (jurukamera) agak segan-segan, dan gambar Doktor Riaz sah-sah tak ada sebab dia tak selfie.
Tuesday, 9 June 2015
Lima langkah menuju ISTIQAMAH
1. MURAQABAH.
Muraqabah adalah perasaan seorang hamba akan pengawasan Allah SWT dan kedekatan dirinya kepada Allah SWT.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hadid, ayat 4:
هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الْأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Ertinya:
“Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa: Kemudian Dia bersemayam di atas ‘arsy. Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepada-Nya. Dan Dia bersama kamu di mama saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al-Hadid: 4)
Monday, 8 June 2015
Tahniah kecemerlangan AJK Kayu Api...
Bergambar kenangan AJK Kayu Api Jun 2015 |
Mereka yang mula bertugas sejak selepas Asar, telah menuruni gaung depan jalan 5/12 untuk mencari pokok mati yang sesuai dibuat kayu api.
Mesin pemotong kayu buatan Jerman telah digunakan untuk memudahkan kerja-kerja AJK Kayu Api ini.
Majlis Ilmu: Kuliah Subuh dan Tazkirah Ramadan oleh Ustaz Elyas 14 Jun ini
Moh kite beramai-ramai menghadiri kuliah Subuh Ustaz Elyas Ismail pada pagi Ahad 14 Jun ini. Ustaz Elyas merupakan jiran baru kita yang beli rumah Tuan Haji Khair di jalan 5/19.
Selepas kuliah Subuh itu ada dua aktiviti gotong royong, satu di surau Ar Raudah, satu lagi gotong royong memasak di pondok kawalan sempena kenduri komuniti.
Habis gotong royong di surau, dijemput menghadiri jamuan komuniti di pondok kawalan.
Ustaz Elyas sekali lagi akan beri tazkirah Ramadan jam 12.00 tengahhari di tapak jamuan Jalan 5/19 pada hari yang sama.
Semua dijemput hadir.
Selepas kuliah Subuh itu ada dua aktiviti gotong royong, satu di surau Ar Raudah, satu lagi gotong royong memasak di pondok kawalan sempena kenduri komuniti.
Habis gotong royong di surau, dijemput menghadiri jamuan komuniti di pondok kawalan.
Ustaz Elyas sekali lagi akan beri tazkirah Ramadan jam 12.00 tengahhari di tapak jamuan Jalan 5/19 pada hari yang sama.
Semua dijemput hadir.
Thursday, 4 June 2015
Monday, 1 June 2015
Program Kenduri Komuniti
Komuniti 151719 bercadang menganjurkan program kenduri komuniti bagi menyambut kehadiran ramadahan tahun ini. Disamping itu, majlis ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan sesama jiran dalam komuniti.
Majlis akan diadakan pada 14 jun 2015 dan segala persiapan serta memasak hidangan akan dilakukan secara gotong royong. Jawatankuasa komuniti telah mendapat kerjasama ATM untuk menyewa peralatan memasak dan khemah untuk kegunaan semasa kenduri tersebut.
Antara menu yang akan dimasak secara gotong royong adalah lemang, kambing bbq dan nasi berlauk konsep kampung.
Jalinan Kasih Seksyen 5 Bukit Mahkota
Memang mantap program anjuran Persatuan Penduduk Seksyen 5 24 Mei lalu. Ini sebahagian dari video yang sempat dirakam oleh saudara Nizam. Video rakaman program dari udara akan menyusul sehari dua lagi.-1/6/2015
Subscribe to:
Posts (Atom)