Majlis gilang gemilang tapi serba ringkas... penyerahan jaket keselamatan |
Pengerusi Biro Keselamtan Persatuan Penduduk Seksyen 5, Tuan Haji Ismail Kassim Al-Haj telah berkenan menyerahkan jaket-jaket pemberian Persatuan Penduduk kepada wakil komuniti Tuan Haji Mamat Endut Al-Haj.
"Pemberian jaket keselamatan ini untuk memperkemaskan lagi aspek rondaan malam dan selepas ini kita akan berikan senjata untuk mempertahankan diri pula," kata Tuan Haji Ismail Kassim Al- Haj ketika ditemui selepas majlis tersebut.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan senjata apakah yang bakal diberikan untuk peronda mempertahankan diri.
Sementara itu, wakil komuniti 151719 Tuan haji Mamat Endut pulak mengucapkan terima kasih kepada atas keprihatinan Persatuan Penduduk.
"Semoga Allah SWT memurahkan rezeki Persatuan Penduduk, memanjangkan usia AJKnya, dan semua yang terlibat dalam merealisasikan impian komuniti untuk mempunyai jaket keselamatan sendiri," katanya.
Peronda jalan kaki (dari kiri) Tuan Haji Fadzil Jaafar, Saudara Asri Ibrahim dan Saudara Shaharin |
Peronda bermotorsikal |
Alhamdulillah ...inilah hasil kemuafakatan kejiranan 151719.
ReplyDeleteInsyaAllah akan lebih meriah dimasa2 mendatang.
Alhamdulillah ...inilah hasil kemuafakatan kejiranan 151719.
ReplyDeleteInsyaAllah akan lebih meriah dimasa2 mendatang.