Bergambar kenangan AJK Kayu Api Jun 2015 |
Mereka yang mula bertugas sejak selepas Asar, telah menuruni gaung depan jalan 5/12 untuk mencari pokok mati yang sesuai dibuat kayu api.
Mesin pemotong kayu buatan Jerman telah digunakan untuk memudahkan kerja-kerja AJK Kayu Api ini.
Selain itu, peralatan seperti kereta tolak, kapak, spaner dan yang berkaitan disediakan oleh Che Wan.
BJ atau abang jamal Seksyen 3 dijemput khas untuk meyumbang kepakarannya dalam aktiviti potong memotong ini.
Hasilnya sebelum jam 7 petang... setengah tan kayu api berjaya dicari dan dipindahkan untuk proses pengeringan.
Kejayaan ini adalah sesuatu yang hebat... tahniah AJK Kayu Api.
Disertakan gambar-gambar gerak kerja mereka yang cemerlang.
Lembah yang dalam pun sanggup dituruni |
Ketua AJK Kayu Api |
Bersemangat punggah kayu yang dipotong ke pondok |
AJK cemerlang jatuh kepada saudara Haris |
No comments:
Post a Comment