Alhamdulilah....segala yang dirancang dalam masa 3 minggu lalu akhirnya selesai dengan sambutan hangat dari semua yang terlibat menjayakan Program Kenduri Komuniti.
Terima kasih tak terhingga khasnya kepada penduduk di Jalan BM 5/15,BM 5/17 dan BM 5/17 tanpa sokongan dan dokongan pastinya program ini tidak akan terlaksana.
Banyak watak terlibat secara langsung dan bertungkus lumus bagi menyempurnakan apa yang telah dirancang.
Setiap saat dan plot ada cerita tersendiri seperti sebuah drama yang diarahkan oleh pengarah tersohor.
Ada yang meredah tempat buangan besi buruk untuk mendapatkan tong untuk dijadikan tempat pembakaran BBQ,menyesuluri tebing curam untuk mendapatkan kayu api hinggakan ada yang demam berhari-hari, meredah hutan untuk menjayakan misi pembakaran lemang sehinggakan terserempak dengan harimau.
Ada yang terpaksa menebalkan muka mengetuk pintu rumah penduduk bagi mendapatkan dana, bermesyuarat bertemankan segelas kopi O dalam hujan lebat bagi merancang untuk hasil terbaik.
Segala ini adalah satu catitan pengalaman yang tidak boleh dinilai. Semangat, sahabat, keakraban dan kesefahaman yang terjalin bakal menjadikan komuniti ini lebih teguh.
Sekalung penghargaan juga kepada Ust Nasaruddin Mat Isa, Pengerusi Nassar, Datuk Abdul Kadir Selamat Naib Ketua UMNO Bahagian serdang dan barisan EXCOnya,Ustaz Elyas Ismail, Imam Zabidi wakil Surau Ar-raudhah Seksyen 5 dan barisan Jawatankuasa, Pn Noraini dan AJK Muslimah Sek 5.
En Zulkifli Ambak Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 5 serta barisan Jawatankuasanya... tidak lupa buat Haji Khairuddin seorang sahabat yang amat pemurah
Taukeh (Maaf lupa nama) Kolam Udang Seksyen 2 dan semua yang telah menyumbang wang ringgit, masa serta keringat untuk program ini.
Moga jasa baik semua hanya allah sahaja yang dapat membalasnya.
No comments:
Post a Comment