“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). (Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, Riyadh: Maktabah al-Ma`arf).
Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain
lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban
sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat
al-Bukhari dan Muslim).
Friday, 29 May 2015
Apa dan mengapa kita berjiran...
Bila berjiran... berat sama dipikul, ringan sama dijinjing |
'Rasullah bersabda: "Jibrail berkali-kali mengingatkan aku (supaya berbuat baik) terhadap jiran sehingga aku merasakan seolah-olah mereka akan mewarisi hartaku".
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah salah satu daripada cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam berkewajiban mengekalkan hubungan baik dan mesra sesama mereka.
Ini kerana ia memainkan peranan penting dalam menjana satu kehidupan setempat yang aman dan harmoni yang boleh memberi kemudahan, kelapangan dan jalan keluar bagi satu-satu kesulitan atau masalah.
Tuntutan supaya menjalinkan hubungan baik sesama jiran dijelaskan di dalam firman Allah swt yang bermaksud:
'..dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki'.
(An-Nisaa’ : 36)
Bagi memantapkan hubungan kejiranan dalam masyarakat maka tidak dapat tidak kita perlulah terlebih dahulu menyedari keperluan dan kelebihan hidup berjiran. Antaranya:
Bantuan ketika kecemasan
Jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Segala perkara yang berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui oleh jiran.
Kerana itu, jiran adalah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, kematian dan lain-lain lagi.
Alangkah beruntungnya mereka yang mempunyai jiran yang sedia menolong pada bila-bila masa sahaja.
Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. Hanya jalinan dan kemesraan yang kuat antara jiran yang dapat mlahirkan suasana seperti ini.
Monday, 25 May 2015
115 keping gambar kemeriahan program Jalinan Kasih Mahkota 5
Tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan program Jalinan Kasih dan hari keluarga Mahkota 5.
Memang meriah 'bak hang'... terima kasih pada AJK Persatuan Penduduk Seksyen 5 yang bertungkus lumus menjayakan program ini dan tidak lupa pada semua yang mengambil bahagian.
Apa kata kita repeat...?
#kipidap

Jawatankuasa Program |
Gerai Jualan - Nasi Lemak Abg Zin |
Acara Ikan Kain Pelikat |
Friday, 22 May 2015
Ayuh ke Program Jalinan Kasih
Kurang 2 hari lagi aktiviti sukaneka dan hari keluarga Mahkota 5 akan diadakan yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Seksyen 5.
Perancangan dan usaha keras telah dijalankan oleh ajk persatuan bagi memastikan program ini dapat berjalan lancar.
Dimaklumkan sejumlah 80 hadiah cabutan bertuah menarik disediakan oleh penganjur dan cara untuk melayakkan anda menyertainya adalah dengan membeli t-shirt program, menyertai acara atau membeli kupon. Yuran penyertaan acara adalah RM 5.00 dan membolehkan anda mendapat 1 kupon cabutan bertuah.
Semua penduduk di Mahkota 5 dijemput untuk hadir dan program bakal dimulakan pada jam 7.30 pagi dengan acara senamrobik yang bakal dipimpin oleh anggota tentera. Antara acara yang akan dipertandingkan pada hari tersebut adalah meliputi acara kanak-kanak, wanita, remaja dan lelaki dewasa.
Luangkan masa anda, jom kita bersama ' Ukhwah Terjalin Kesihatan Terjamin'.
Thursday, 21 May 2015
Pemantauan cegah jenayah dari udara Seksyen 5 Bukit Mahkota
Percubaan untuk menggunakan quadcopter sebagai salah satu option pemantauan di Seksyen 5.
Bayangkan situasi ini; ada laporan dalam whatsapps groups kata nampak motor (bukan warna kuning) berlegar-legar dalam kawasan kita.
Nak kejar tak tahu situasi serius ke tak, kita boleh alert 'command centre' untuk lancarkan quadcopter tinjau dari atas.
Apa-apa kita ada rakaman video... tapi ini baru diperingkat nak train pilot. Susah juga sementara nak cekap.
Saksikan sendiri pandangan dari udara di sekitar Jalan 15, 17 Sekysen 5 Bukit Mahkota.
Wednesday, 20 May 2015
BICARA KOMUNITI : GST kesan selepas perlaksanaan
Cukai walau dalam apa bentuk sekalipun pasti akan menjejaskan kesejahteraan individu atau pihak yang membayarnya.
Dalam keadaan paling teruk atau ekstrem, tindakan memperkenalkan cukai baru atau menaikkan kadar cukai yang sedia ada telah mencetuskan pelbagai tanggapan dan dalam hal-hal tertentu boleh menjatuhkan kerajaan.
Di negara kita sendiri, cadangan GST ini sudah lama dibuat tetapi tidak dilaksanakan kerana kerajaan kurang yakin dan kurang pasti kesannya kepada pembayar cukai dan pengguna sehinggalah dilaksanakan pada 1 April 2015 yang lepas.
Yang pasti adalah tidak akan ada kerajaan yang mengambil langkah memperkenalkan GST atau apa juga cukai jika ia tidak menambah hasil (pendapatan) perbendaharaan.
GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang sedia ada dan diamalkan.
Dalam keadaan paling teruk atau ekstrem, tindakan memperkenalkan cukai baru atau menaikkan kadar cukai yang sedia ada telah mencetuskan pelbagai tanggapan dan dalam hal-hal tertentu boleh menjatuhkan kerajaan.
Tuesday, 19 May 2015
IKLAN KOMUNITI (Berbayar)
Dapatkan BestMobile anda hari ini dan berpeluang menerima tawaran menarik Hubungi : 011-3833 2431 untuk keterangan lanjut.
Saturday, 16 May 2015
KOMUNITI PRIHATIN : Hulur Sumbangan Ringankan Beban
Berusia empat tahun, Raef menghidapi penyakit biliary artesia iaitu satu penyakit kegagalan hati berfungsi peringkat akhir.
Dia perlu menjalani pembedahan pemindahan hati dengan kadar segera namun ada satu perkara yang menyukarkan pembedahan itu untuk dilakukan -- keluarga Raef tidak mampu menanggung kos pembedahan Raef.
Ayah Raef, Mohd Rosli Abdul Rani dan isterinya bekerja di sebuah warung milik keluarga.
Mohd Rosli berkata dia tidak mampu menanggung kos pembedahan tersebut yang memakan belanja RM300,000 dan pendapatan mereka sekadar cukup-cukup sahaja bagi menampung perbelanjaan keluarga.
Sejumlah RM300 ribu diperlukan bagi pembedahan adik Raef Uqael Mohd Rosli yang menghidap penyakit ‘Biliary Atresia’ atau kegagalan hati berfungsi peringkat akhir.
Sejak diberitahu doktor mengenai pemindahan hati segera yang perlu dilakukan ke atas Raef, mereka sekeluarga mula mencari dana bagi pembedahan tersebut.
Setakat ini, dana yang terkumpul bagi pembedahan berjumlah RM8,000 dan RM292,000 lagi diperlukan.
Kini, keadaan Raef stabil namun ia tidak akan berterusan dan bila-bila masa sahaja keadaan kanak-kanak ini boleh menjadi sangat lemah.
Sebelum ini, Raef terpaksa berdepan dengan kesakitan seperti kegatalan yang serius, bengkak badan, berak darah dan muntah darah dan masih berdepan dengan masalah tersebut walaupun tidak kritikal.
Jika dana untuk pembedahan Raef berjaya dikumpul, mereka sekeluarga akan ke China bagi meneruskan pembedahan pemindahan hati buat kanak-kanak itu.
Menurut ibu Raef, Noraini Jaafar, dia, suami dan anak saudara mereka bersedia menderma hati mereka sekiranya ia bersesuaian dengan Raef.
Jika anda ingin menghulurkan bantuan kewangan kepada adik Raef, anda boleh meyalurkan wang menerusi nombor akaun Maybank milik ayah Raef, Mohd Rosli Abdul Rani iaitu 562384518559 atau hubungi 017-6688550.
Sumber : https://www.facebook.com/corner.eshoppe
SEKITAR KOMUNITI : Taman Tema Air
Khabarnya akan dibuka antara Oktober atau Disember 2015. Banyak juga peluang pekerjaan yang ditawarkan. Oleh itu sesiapa yang berminat rajin-rajinlah tengok blog ini ya.
Lokasi : Bangi Avenue.
Lokasi : Bangi Avenue.
TAHUKAH ANDA! : Persatuan Penduduk Seksyen 5
Mahkota 5
Persatuan Penduduk Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota Bangi, Selangor yang dikenali sebagai Mahkota5 telah ditubuhkan secara rasmi pada 29 September 2005 di bawah seksyen 7 Akta Pertubuhan, 1966 dengan nombor pendaftaran 1677-05-7.
Bendera,Lambang Dan Lencana
1. Mahkota 5 bermaksud kawasan kediaman Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota, Bangi, Selangor.
2. Bukit dan rumah melambangkan kawasan perumahan di tanah tinggi.
3. Warna hijau melambangkan kesuburan.
4. Warna cokelat lembut melambangkan kesuburan tanah.
2. Bukit dan rumah melambangkan kawasan perumahan di tanah tinggi.
3. Warna hijau melambangkan kesuburan.
4. Warna cokelat lembut melambangkan kesuburan tanah.
Tujuan & Maklumat
1. Menyatupadukan penduduk yang tinggal di Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota, Bangi, Selangor.
2. Menjalankan aktiviti kebajikan, sukan, sosial, rekreasi dan lain-lain yang dapat memberi kebaikan kepada ahli-ahlinya.
3. Melindungi kepentingan penduduk sama ada harta benda persendirian mahupun harta benda awam yang digunakan bersama di kawasan perumahan.
4. Menjadi penghubung antara penduduk dengan pihak kerajaan dan pemaju perumahan dalam mengatasi masalah berbangkit.

Keahlian
Terbuka kepada semua penduduk Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota yang berwarganegara Malaysia sahaja dan berumur 18 tahun ke atas.
Friday, 15 May 2015
Jenayah dan Masyarakat
Perlakuan jenayah merupakan fenomena permasalahan sosial yang melanda kebanyakan kawasan di Malaysia. Permasalahan ini menunjukkan peningkatan dan menimbulkan reaksi kebimbangan pelbagai peringkat lapisan masyarakat. Tidak terkecuali masyarakat di kawasan kita khasnya.
Adakah peningkatan ini petunjuk kepada ketidakberkesanan langkah yang dijalankan oleh pihak berkuasa. Namun terdapat pelbagai faktor dalam mempengaruhinya yang meliputi faktor kekangan infra, logistik serta bentuk muka bumi semulajadi yang dikelilingi oleh belukar dan semak samun disamping penglibatan keseluruhan oleh masyarakat setempat.
Jenayah didefinisikan sebagai suatu tindakan luar kawalan di mana ia telah melanggar nilai-nilai kemasyarakatan. Ia merupakan kesalahan atau dosa berat yang berkaitan dengan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta bertentangan daripada aturan dan akhlak yang terdapat dalam masyarakat.
Kita dapat saksikan kepesatan pembangunan sekitar bukit mahkota telah menarik satu dimensi baru terhadap rutin kehidupan masyarakat. Dengan kehidupan masyarakat sekitar yang mengalami perubahan mendadak maka semakin banyak ruang-ruang kosong ditinggalkan untuk memberi peluang kepada pelakuan jenayah.
Konsep kejiranan mula dilupakan, Kesibukan berlari seiring mengejar kepesatan pembangunan menyebabkan kita semakin leka dengan kepentingan ikatan ukhuwah dalam masyarakat.
Masanya belum terlewat untuk kita sesekali menoleh semula kebelakang bagi mencari semula rentak yang telah hilang. Penyatuan hari ni bakal memberi impak besar dalam pembentukan 'Masyarakat Gemilang' untuk masa mendatang.
TIPS PENCEGAHAN JENAYAH : Pecah Rumah
Bila kes pecah rumah sering berlaku?
1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.
Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku:
1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.
6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
7. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna timer, alat kawalan waktu).
9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah). 10. Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.
11. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.
12. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
13. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.
Tips-tips tambahan bagi mengelakkan kejadian pecah rumah berlaku:
1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
2. Pasang door viewer dan penyelak di pintu utama.
3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
4. Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan CCTV.

Mesyuarat Persatuan Penduduk Seksyen 5
14 Mei 2015 - Persatuan Penduduk Seksyen 5 (PPS5) telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa kali ketiga untuk tahun 2015 turut dihadiri oleh ketua-ketua jalan yang telah dilantik oleh komuniti.
Fokus utama perbincangan adalah berkaitan hal ehwal keselamatan kawasan seksyen 5. Secara ringkasnya 4 kawasan komuniti telah diwujudkan bagi memberi fokus kepada isu keselamatan kawasan.
Beberapa keputusan dicapai antaranya kawalan rondaan sukarela, pembinaan palang hadangan untuk jalan tertentu dan pemasangan cctv bagi tujuan pemantauan.
Agenda lain perbincangan adalah berkaitan program Jalinan Kasih yang akan diadakan pada 24 Mei 2015.
Terima kasih kepada SK Bandar Bukit Mahkota yang sudi memberi ruang kepada PPS5 untuk menggunakan kantin sekolah sebagai tempat menjalankan mesyuarat.
Thursday, 14 May 2015
PERKONGSIAN : Pengaruh GST terhadap harga rumah
Dalam skim GST, hartanah kediaman berada dalam kategori GST Berkadar Pengecualian (tetapi sila mengambil perhatian bahawa GST akan dikenakan terhadap pengguna sekiranya dia membeli hartanah komersil kerana hartanah tersebut merupakan barangan dalam kategori GST Berkadar “Standard”).
Berdasarkan Akta Cukai Jualan 1972, bahan binaan asas seperti batu bata, simen dan jubin lantai adalah merupakan Barangan Jadual Pertama, di mana semua barangan dalam kategori ini tidak akan dikenakan sebarang cukai jualan.
Sementara itu, bahan binaan yang lain merupakan Barangan Jadual Kedua, di mana semua barangan dalam kategori ini hanya akan dikenakan cukai jualan sebanyak 5%.
Dalam perlaksanaan GST yang baru ini, semua bahan binaan dan perkhidmatan (Cth: kontraktor, jurutera) akan dikenakan GST dengan kadar yang standard iaitu 6%. Ini akan meningkatkan kos pengeluaran pemaju.

Jika kita memahami bagaimana GTS dilaksanakan, Kebanyakannya, kos cukai tambahan ini akan dipindahkan kepada pengguna akhir (GST Berkadar “Standard”), atau dituntut semula daripada kerajaan (GST Berkadar Sifar).
Namun, dalam kes ini (GST Berkadar Pengecualian), kos cukai tambahan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang sebelum pengguna akhir iaitu Pemaju.
Pemaju tidak mempunyai “mangsa” seterusnya dalam rantaian bekalan.
Ini nampaknya merupakan berita baik untuk pembeli rumah kerana mereka tidak perlu membayar GST apabila membeli rumah atau hartanah kediaman.
Walau bagaimanapun, seseorang itu tidak patut terlalu gembira untuk pekara ini.
Ia adalah tidak sukar untuk dibayangkan bahawa pemaju akan cuba untuk merangkumi kos cukai tambahan ini ke dalam harga jualannya secara tersirat.

Kesimpulannya....
1) Dengan pelaksanaan GST, ia akan mempengaruhi peningkatan bagi harga hartanah
2) Walaupun pemaju tidak dapat mengenakan GST kepada pembeli rumah, namun mereka boleh memindahkan kos cukai tersebut ke dalam harga jualannya secara tersirat.

Kredit : https://www.facebook.com/pages/Jom-Beli-Rumah
AKTIVITI KOMUNITI : Rondaan Keselamatan
Kes pecah rumah kini mula berlaku kawasan Seksyen 5, maka rondaan keselamatan telah digerakkan semula sebagai langkah awal pencegahan.
36 orang penduduk secara sukarela telah memberi komitmen untuk meronda yang dijalankan setiap hari hujung minggu dan hari-hari yang terpilih.
36 orang penduduk secara sukarela telah memberi komitmen untuk meronda yang dijalankan setiap hari hujung minggu dan hari-hari yang terpilih.
Rondaan ini dijalankan terhad di kawasan komuniti BM 5/15, BM 5/17 dan BM 5/19 atas faktor penyertaan.
Tindakan ini juga disusuli dengan pemasangan banner amaran di lokasi strategik seluruh kawasan komuniti.
Tindakan ini juga disusuli dengan pemasangan banner amaran di lokasi strategik seluruh kawasan komuniti.
Jawatankuasa menjemput kepada penduduk yang belum bersama untuk turut serta agar usaha ini mendapat sokongan semua pihak.
"Berkampung"
Adat dan amalan berkampung ini sinonim dengan masyarakat di desa dan luar bandar. Amalan ini menjadi kemestian apabila tiba acara kenduri besar atau melangsungkan majlis perkahwinan. Konsep adat ini telah diberi pelbagai takrif oleh pelbagai masyarakat di Alam Melayu.
Berkampung dengan erti kata lain bermesyuarat atau berbincang bersama penduduk setempat dengan tujuan membahagi-bahagikan kerja untuk melancarkan sesuatu majlis.
Namun demikian, generasi kini sebenarnya sudah ada yang mula lupa pada amalan ini hinggakan adat itu kini kian pudar walaupun di kalangan masyarakat melayu sendiri.
Mengambil kira peranan sebagai bangsa yang memperjuangkan amalan orang dulu-dulu agar ianya tidak terus dilupakan maka Sdr Mamat salah seorang warga komuniti telah mengadakan acara " berkampung" di kediaman beliau bagi majlis perkahwinan anak beliau pada 16 Mei 2015. Saranan ini disambut dengan kehadiran rakan-rakan komuniti.
Bagi pihak Komuniti mengucapan selamat menyambut menantu dan semoga perjalanan majlis itu nanti lancar sehingga ke penghujungnya.

KEMPEN PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN 5
Antara langkah pencegahan awal bagi mengelakkan kejadian jenayah di kawasan kediaman komuniti, mohon tindakan dan kerjasama semua pihak untuk menerangi kawasan kediaman pada waktu malam dengan memasang sekurang-kurangnya satu lampu di hadapan dan di belakang rumah masing-masing.
Pencahayaan ini penting bagi memudahkan segala gerak geri pelaku jenayah dapat dikesan awal selain membantu petugas rondaan membuat pemantauan dengan lebih jelas.
PROGRAM JALINAN KASIH MAHKOTA 5 - Hari Keluarga & Sukaneka
Program Jalinan Kasih Mahkota 5 bakal diadakan pada 24 Mei 2015 bertempat di Padang Permainan Jalan BM 5/23.
Program anjuran Persatuan Penduduk Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota, Bangi bakal padat dengan berbagai acara sukaneka, senamrobik, gerai jualan serta gerai pameran.
Acara senamrobik akan membuka tirai program pada jam 7.30 pagi dan dijemput semua warga Mahkota 5 untuk turut serta memeriahkan aktiviti ini.
Wednesday, 13 May 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)