Adat dan amalan berkampung ini sinonim dengan masyarakat di desa dan luar bandar. Amalan ini menjadi kemestian apabila tiba acara kenduri besar atau melangsungkan majlis perkahwinan. Konsep adat ini telah diberi pelbagai takrif oleh pelbagai masyarakat di Alam Melayu.
Berkampung dengan erti kata lain bermesyuarat atau berbincang bersama penduduk setempat dengan tujuan membahagi-bahagikan kerja untuk melancarkan sesuatu majlis.
Namun demikian, generasi kini sebenarnya sudah ada yang mula lupa pada amalan ini hinggakan adat itu kini kian pudar walaupun di kalangan masyarakat melayu sendiri.
Mengambil kira peranan sebagai bangsa yang memperjuangkan amalan orang dulu-dulu agar ianya tidak terus dilupakan maka Sdr Mamat salah seorang warga komuniti telah mengadakan acara " berkampung" di kediaman beliau bagi majlis perkahwinan anak beliau pada 16 Mei 2015. Saranan ini disambut dengan kehadiran rakan-rakan komuniti.
Bagi pihak Komuniti mengucapan selamat menyambut menantu dan semoga perjalanan majlis itu nanti lancar sehingga ke penghujungnya.
No comments:
Post a Comment