Thursday, 14 May 2015

PERKONGSIAN : Pengaruh GST terhadap harga rumah


Apakah GST yang dilaksanakan bermula 1 April 2015 bakal mempengaruhi harga rumah?
Dalam skim GST, hartanah kediaman berada dalam kategori GST Berkadar Pengecualian (tetapi sila mengambil perhatian bahawa GST akan dikenakan terhadap pengguna sekiranya dia membeli hartanah komersil kerana hartanah tersebut merupakan barangan dalam kategori GST Berkadar “Standard”).
Berdasarkan Akta Cukai Jualan 1972, bahan binaan asas seperti batu bata, simen dan jubin lantai adalah merupakan Barangan Jadual Pertama, di mana semua barangan dalam kategori ini tidak akan dikenakan sebarang cukai jualan.

Sementara itu, bahan binaan yang lain merupakan Barangan Jadual Kedua, di mana semua barangan dalam kategori ini hanya akan dikenakan cukai jualan sebanyak 5%.


Dalam perlaksanaan GST yang baru ini, semua bahan binaan dan perkhidmatan (Cth: kontraktor, jurutera) akan dikenakan GST dengan kadar yang standard iaitu 6%. Ini akan meningkatkan kos pengeluaran pemaju.
Jika kita memahami bagaimana GTS dilaksanakan, Kebanyakannya, kos cukai tambahan ini akan dipindahkan kepada pengguna akhir (GST Berkadar “Standard”), atau dituntut semula daripada kerajaan (GST Berkadar Sifar). 

Namun, dalam kes ini (GST Berkadar Pengecualian), kos cukai tambahan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang sebelum pengguna akhir iaitu Pemaju. 


Pemaju tidak mempunyai “mangsa” seterusnya dalam rantaian bekalan.


Ini nampaknya merupakan berita baik untuk pembeli rumah kerana mereka tidak perlu membayar GST apabila membeli rumah atau hartanah kediaman. 


Walau bagaimanapun, seseorang itu tidak patut terlalu gembira untuk pekara ini. 


Ia adalah tidak sukar untuk dibayangkan bahawa pemaju akan cuba untuk merangkumi kos cukai tambahan ini ke dalam harga jualannya secara tersirat.
Kesimpulannya....

1) Dengan pelaksanaan GST, ia akan mempengaruhi peningkatan bagi harga hartanah


2) Walaupun pemaju tidak dapat mengenakan GST kepada pembeli rumah, namun mereka boleh memindahkan kos cukai tersebut ke dalam harga jualannya secara tersirat.

Kredit : https://www.facebook.com/pages/Jom-Beli-Rumah

No comments:

Post a Comment