Friday, 15 May 2015

Jenayah dan Masyarakat


Perlakuan jenayah merupakan fenomena permasalahan sosial yang melanda kebanyakan kawasan di Malaysia. Permasalahan ini menunjukkan peningkatan dan menimbulkan reaksi kebimbangan pelbagai peringkat lapisan masyarakat. Tidak terkecuali masyarakat di kawasan kita khasnya.

Adakah peningkatan ini petunjuk kepada ketidakberkesanan langkah yang dijalankan oleh pihak berkuasa. Namun terdapat pelbagai faktor dalam mempengaruhinya yang meliputi faktor kekangan infra, logistik serta bentuk muka bumi semulajadi yang dikelilingi oleh belukar dan semak samun disamping penglibatan keseluruhan oleh masyarakat setempat.

Jenayah didefinisikan sebagai suatu tindakan luar kawalan di mana ia telah melanggar nilai-nilai kemasyarakatan. Ia merupakan kesalahan atau dosa berat yang berkaitan dengan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta bertentangan daripada aturan dan akhlak yang terdapat dalam masyarakat.

Kita dapat saksikan kepesatan pembangunan sekitar bukit mahkota telah menarik satu dimensi baru terhadap rutin kehidupan masyarakat. Dengan kehidupan masyarakat sekitar yang mengalami perubahan mendadak maka semakin banyak ruang-ruang kosong ditinggalkan untuk memberi peluang kepada pelakuan jenayah.

Konsep kejiranan mula dilupakan, Kesibukan berlari seiring mengejar kepesatan pembangunan menyebabkan kita semakin leka dengan kepentingan ikatan ukhuwah dalam masyarakat. 

Masanya belum terlewat untuk kita sesekali menoleh semula kebelakang bagi mencari semula rentak yang telah hilang. Penyatuan hari ni bakal memberi impak besar dalam pembentukan 'Masyarakat Gemilang' untuk masa mendatang.


No comments:

Post a Comment