Bila kes pecah rumah sering berlaku?
1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang
mahupun malam.
2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah
tidak mengenali antara satu sama lain.
3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam
aspek keselamatan rumahnya.
Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku:
1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah
walaupun untuk masa yang singkat.
2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu,
bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di
rumah.
4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar)
apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru
jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa
rumah bertukar.
6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
7. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang
selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti
bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam
(guna timer, alat kawalan waktu).
9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon
berdering berterusan ataupun pasang sistem
pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di
rumah).
10. Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis
untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara
komuniti dan polis.
11. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi
dan juga talian balai polis yang berhampiran.
12. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak
ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan
tempat sembunyi penceroboh.
13. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai
pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk
memasuki rumah dengan mudah.
Tips-tips tambahan bagi mengelakkan kejadian pecah
rumah berlaku:
1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari
bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci
yang berkualiti.
2. Pasang
door viewer dan penyelak di pintu utama.
3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap
rumah.
4. Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera
dan CCTV.
No comments:
Post a Comment