Wednesday, 13 May 2015

Throwback - Part 1 : Pembinaan Pagar Lorong Belakang

Cadangan yang dibuat bermula pada awal bulan Januari lalu telah dimulakan gerak kerjanya dengan menjalankan survey seterusnya kutipan bagi menampung kos yang terlibat.
Kos pembinaan pagar terbabit adalah RM 900.00 bagi satu unit dan melibatkan kos keseluruhan RM 7,600.00 untuk pembinaan 8 buah pagar merangkumi penutupan 2 lorong belakang.
Pintu pagar lorong belakang yang telah siap dipasang
Persetujuan bersama Komuniti kutipan RM 100.00 telah dilakukan pada setiap buah rumah di Jalan BM 5/15, 5/17 dan 5/19. Keseluruhan hasil kutipan adalah RM 5,900.00 melibatkan sumbangan dari 59 buah rumah. Kekurangan kos sebanyak RM 1,700.00 ditampung sepenuhnya dengan sumbangan tambahan daripada beberapa orang penduduk yang perihatin.
Pembinaan telah siap sepenuhnya pada awal April 2015 dan dijangka akan mula dikunci sepenuhnya sebelum penghujung April 2015.
Anak kunci akan diserahkan di setiap buah rumah setelah penutupan dilakukan.
Objektif pembinaan ini adalah bertujuan meminimumkan risiko pencerobohan dengan niat tidak baik dari kawasan belakang kediaman.
Jawatankuasa Komuniti sentiasa komited menggerakkan usaha bagi mewujudkan suasana aman dan selesa kepada semua penghuni demi kebaikan masyarakat setempat. Usaha ini tidak akan Berjaya tanpa sokongan dan penglibatan semua pihak.
Terima kasih kepada yang menyokong dari segi sumbangan wang ringgit, tenaga mahupun buah fikiran.

Kerjasama seumpama ini diharap berterusan pada masa akan datang demi kebaikan bersama

Pintu pagar lorong belakang di antara Jln BM 5/15 dan BM 5/17

No comments:

Post a Comment