Wednesday, 13 May 2015

Salam Komuniti BM 5/15, BM 5/17 & BM 5/19

Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain".
Mengambil kira kemajuan dalam menyampaikan maklumat dengan pantas maka wujudnya medium ini sebagai sumber alternatif untuk warga komuniti menerima informasi berkaitan kejiranan dengan lebih berkesan.
Institusi kekeluargaan adalah unit paling asas dan penting dalam proses pembentukan landskap masyarakat yang harmoni. Fungsi institusi keluarga tidak hanya terbatas sebagai kesinambungan keturunan saja sebaliknya meliputi skop yang begitu luas. Sekiranya institusi keluarga berpecah-belah ia memberi impak terhadap pembangunan sosial dan ekonomi secara keseluruhan. 
Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada semua warga komuniti seterusnya mewujudkan masyarakat yang seimbang, adil dan sejahtera.

Terima kasih.
KHM



2 comments: